NOSK Manasik

Kursus Manasik - Pengenalan

Haji ialah mengunjungi Baitullah di Mekah untuk beribadat pada waktu-waktu tertentu dengan syarat-syarat tertentu. Mengerjakan haji hukumnya wajib sekali dalam seumur hidup bagi yang mampu. Mereka yang telah menerima undangan sebagai dyuyufurahman perlu mengetahui cara-cara yang sebenar untuk melaksanakan ibadah haji.

Program Mengapai Anugerah Haji Mabrur ini adalah julung kali diadakan terbuka kepada tetamu Allah yang telah menerima jemputan tetapi masih belum yakin apa yang telah dipelajari, masih lagi was-was terhadap pelaksanaan ibadah haji. Mereka yang ingin mendalami lebih lagi sebelum berangkat ke Tanah Suci.

Program ini amat berguna kepada mereka yang masih belum memahami untuk mengerjakan Haji Ifrad, Haji Tamatuk atau Haji Qiran. Ramai lagi yang masih belum bersedia tapi tetap pergi dalam keadaan ilmu yang masih belum cukup dan menyakinkan.

Pihak penganjur telah membawa dua orang penceramah yang hebat masakini untuk membantu tetamu Allah bagi mencapai Haji Mabrur.Pada hari Sabtu, 7 Julai 2018, kami tampilkan YBhg Ustaz Hasnil bin Abu Bakar seorang Guru Agama yang mempunyai pengalaman mengajar ilmu haji pada setiap tahun kepada bakal-bakal haji yang baru. Jika masih lagi tidak cukup ilmu yang disampaikan oleh Ustaz Hasnil, pihak penganjur membawa seorang lagi Guru Agama iaitu YBhg Drs Sapawi bin Che Mat yang berpengalaman luas dalam ilmu haji akan mengajar pada 8 Julai 2018.

Datanglah beramai-ramai untuk mendapat perkongsian ilmu yang amat berguna sebelum berangkat ke Tanah Suci. Setelah menghadiri program ini , InshaAllah dapat membantu tetamu Allah mengerjakan haji bukan setakat melaksanakan ibadah haji tapi kembali dengan Haji Mabrur.

Kursus Borang Pendaftaran

Pergi Mendaftar

Jadual Kursus Manasik

Lihat Butiran